NUR IZZAITI
  • HOME
  • ABOUT
  • EDUCATIONAL BLOG
  • ASSIGNMENTS
  • REFLECTIONS
  • HOME
  • ABOUT
  • EDUCATIONAL BLOG
  • ASSIGNMENTS
  • REFLECTIONS

WEEK 14

1/9/2020

0 Comments

 
Minggu 14, minggu terakhir bagi kuliah inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada hari ini, kuliah telah diberikan oleh Dr. Hazrati. Beliau memberikan serba sedikit maklumat tentang peperiksaan yang akan berlangsung. Selain itu, beliau juga telah membuat rumusan tentang pembelajaran sepanjang satu semester ini. Beliau memberi fokus kepada topik-topik yang akan ditanya dalam peperiksaan. Beliau juga memberi penerangan ringkas bagi setiap bab dan bertanya tentang projek akhir bagi kelas tutorial masing-masing. 

Dalam kelas tutorial pada minggu akhir ini, Dr Fariza mengadakan pembentangan bagi tugasan-tugasan yang telah diberi oleh beliau. Kami diminta untuk membentangkan video dan projek argumented reality yang disiapkan. Selain itu, kami juga diberi penerangan tentang tugasan portfolio yang akan dihantar kepada beliau. Dr Fariza juga memberitahu kami tentang tugasan baru yang akan diberi. 

Pada akhir pembelajaran ini. saya memperoleh banyak kebaikan dan kemahiran baru. Sebagai seorang bakal guru, pengetahuan yang kami peroleh amatlah berguna untuk kami gunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, saya turut mengetahui tentang pelbagai aplikasi-aplikasi baru sepanjang kelas berlangsung. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Fariza atas segala tunjuk ajar sepanjang kelas berlangsung.
Picture
Picture
Picture
0 Comments

WEEK 13

1/9/2020

0 Comments

 
Pada minggu ke 13 kami telah mempelajari tentang web 2.0 dan aplikasi dalam pendidikan yang disampaikan oleh Dr. Hazrati. 

Web 2.0
  • Web 2.0 dipopularkan olehTim O’Reilly
  • Beliau mendefinisikan Web 2.0 sebagai “web-based platforms with simple to use interfaces that enable users to collectively contribute and share large amounts of information (O’Reilly, 2007)”.
  • Web 2.0 melewati web 1.0
  • Memfokuskan  kepada penyampaian maklumat pengguna

Antara kelebihan apabila menggunakan web 2.0 ialah membenarkan komunikasi berlaku, membentuk kemahiran multimedia dan membenarkan pembelajaran berpusatkan pelajar.
​


Picture
0 Comments

WEEK 12

1/9/2020

0 Comments

 
Minggu ke 12, kuiah disampaikan oleh Dr. Rosseni Din. Kuliah yang disampaikan oleh beliau adalah berkaitan proses perancangan analisis dan strategi pembangunan media. 

Dalam proses perancangan pembangunan media untuk pengajaran dan pembelajaran, ia merangkumi aspek :

1) Reka Bentuk 
2) Pembangunan
3)Pengujian
4) Penilaian


Selain itu, melalui kuliah pada minggu ini kami mengetahui tentang komponen penting dalam proses reka bentuk pengajaran iaitu kandungan, strategi, teori, pedagogi dan nilai. Reka Bentuk Pengajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna harus merangkumi proses-proses berikut:
  • AKTIF (Manipulasi / Pemerhatian)
  • KONSTRUKTIF (Artikulasi / Reflektif)
  • KOOPERATIF (Kolaboratif / Konvensional)
  • AUTENTIK (Kompleks / Kontekstual)
  • BERMATLAMAT (Reflektif / Berperaturan)


​
Dalam kelas tutorial pada minggu ini, Dr. Fariza telah mengajar kami tentang cara-cara untuk membuat AR. Beliau telah memperkenalkan aplikasi Blippar untuk kami guna bagi tugasan argumented reality. Beliau mengajar kami satu per satu tentang caramenggunakan aplikasi tersebut supaya kami mudah untuk menyiapkan tugasan tersebut. Kami turut diajar tentang aplikasi Biteable. Aplikasi tersebut adalah untuk membuat video-video pendek supaya kami dapat menggunakan untuk projek AR. Hal ini kerana, apabila menggunakan aplikasi Blippar, video yang panjang sedikit sukar untuk dimuat naik.
Picture
Picture
0 Comments

WEEK 11

1/9/2020

0 Comments

 
Picture

Pada minggu ke 11, kami telah mempelajari tentang ID TPACK. Topik pada minggu ini diberikan oleh Dr. Siti Fatimah. TPACK adalah merupakan satu kerangka yang memperkenalkan hubungan yang kompleks antara ketiga-tiga pengetahuan iaitu teknologi, pedagogi dan isi kandungan. TPACK boleh digabungkan dengan model-model ID semasa mereka membentuk pengajaran. Tiga komponen asas dalam TPACK ialah pentaksiran, pedagogi dan kurikulum. 


Dalam kelas tutorial pada minggu ini kami telah membuat pembentangan berkaitan dengan projek AR. Kami membentang tentang idea-idea berkaitan dengan argumented reality yang akan dibuat. Selain dari membuat pembentangan, kami juga turut memberi idea idea kepada kumpulan lain berkaitan dengan apa yang mereka bentangkan. Di samping itu, kami turut diberi nasihat serta diberi penerangan tentang mengaoa perlunya kami mengetahui dan mempunyai kemahiran dalam membuat AR.
​

0 Comments

WEEK 10

12/18/2019

0 Comments

 
Kuliah pada minggu ke 10 membincangkan berkaitan tajuk teori-teori pembelajaran yang mendasari perancangan, pembangunan serta perlaksanaan sesuatu media yang disampaikan oleh Dr Mohd Yussof.  Teori Pembelajaran adalah satu set prinsip yang teratur yang menerangkan bagaimana individu memperoleh, mengekalkan dan menarik perhatian pengetahuan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah-kaedah lama semakin jauh ketinggalan. Walaubagaimanapun, kita masih terikat dengan model-model pengajaran dan teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan. Terdapat empat teori pembelajaran iaitu behaviorism, cognitivism, konektivisme dan konstruktivisme. Sebagai bakal guru, kita haruslah bijak dalam mengendalikan kelas dan bijak dalam memahami pelbagai jenis ragam murid. Kita juga perlulah menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat para pelajar untuk belajar.

Dalam kelas tutorial pada minggu ini, kami telah membincangkan tentang tugasan AR yang diberikan pada minggu lalu. Disebabkan kami ingin memberi pendedahan kepada orang ramai tentang sukan, kami memilih untuk membuat tajuk bagi tugasan tersebut berkaitan dengan sukan terbaru yang wujud masa kini. Hal ini kerana, kami bertujuan untuk memberi pengetahuan baru kepada orang sekeliling tentang sukan yang semakin berkembang pesat tanpa kita sedari. Dalam pada itu. kami juga ingin membuatkan orang ramai tertarik dan peka untuk mengetahui tentang kepelbagaian jenis sukan yang telah wujud kini. Kami juga membincangkan untuk membuat AR dalam bentuk permainan. Kami memilih untuk membuat permainan ‘SPORT CROSSWORD’. Di samping itu, kami turut menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat  AR.

Picture
0 Comments

WEEK 9

12/18/2019

0 Comments

 
Pada minggu ke-9, kedua-dua kelas iaitu kuliah dan kelas tutorial telah dibatalkan.
​Namun, Dr. Fariza telah membuat kelas secara atas talian. Beliau meminta kami untuk membuka aplikasi open learning untuk membuat bacaan berkaitan dengan penilaian prototaip. Namun, modul yang diminta untuk dibuka oleh beliau mempunyai ralat, d]jadi saya telah membuat rujukan luar di google. Hasil dari apa yang difahamkan penilaian prototaip merupakan satu kerangka untuk menilai sejauh mana prototaip itu sesuai untuk digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dalam zaman yang serba canggih ini, adalah amat penting bagi kita menyedari penggunaan pelbagai jenis perisian komputer dalam  pembelajaran. Memandangkan terdapat pelbagai peringkat kualiti perisian  dalam pasaran dan sumber-sumber lain seperti internet, guru akan menghadapi tugas menilai perisian yang sesuai digunakan untuk membantu proses pembelajaran. Oleh sebab penilaian agak rumit dan mengambil masa yang panjang, guru-guru haruslah cekap dan mahir dalam hal ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan. 
0 Comments

WEEK 8

12/18/2019

0 Comments

 
Picture
Kuliah bagi minggu ini berkaitan dengan KRIPTOGRAFI. Dalam kuliah ini kami diminta untuk menjawab soalan yang diberi dalam beberapa helaian kertas dan kemudian diberi penerangan tentang modul Kriptografi. selain itu, Kami juga diminta untuk membuka blog yang disediakan oleh tenaga pengajar tersebut. Blog beliau adalah berkaitan dengan penerangan tentang topik yang hendak disampaikan. Selepas selasai semua penerangan yang diberi, kami diminta untuk menjawab semula soalan yang diberi pada awal kelas tersebut. Beliau berbuat sedemikian adalah untuk menguji tahap kefahaman kami tentang Kriptografi.

Bagi kelas tutorial pada minggu ini pula, kami diminta oleh Dr. Fariza untuk membentangkan tugasan yang diberi pada  minggu lalu. Kami diminta untuk memberi penerangan tentang tugasan iaitu storyboard. Beliau meminta kami utnuk menyiapkan storyboard yang bertujuan sebagai langkah awal untuk sesi penyesiaan video bagi projek akhir nanti. Setiap kumpulan terdiri seramai 3 orang. Pembentangan yang dilakukan akan diberi komen dan penambahbaikan dari beliau sendiri dan rakan - rakan kelas yang lain.

0 Comments

WEEK 7

12/18/2019

0 Comments

 
Picture
Kuliah yang seterusnya bersama dengan Dr. Fariza yang  menyampaikan satu topik berkaitan dengan teknologi ‘Augmented Reality’ dalam pendidikan.

Augmented Reality merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi manusia dan computer (humancomputer-interaction) yang membolehkan penambahan sesuatu objek maya ke atas ruang realiti. Teknologi AR ini dapat memasukkan suatu informasi tertentu ke dalam dunia maya dan memaparkannya di dunia nyata dengan bantuan alatan seperti webcam, komputer, HP Android, maupun kacamata khusus. Pengguna didalam dunia nyata tidak dapat melihat objek maya dengan mata telanjang, untuk mengidentifikasi objek memerlukan perantara seperti komputer dan kamera yang nantinya akan memasukkan objek maya ke dalam dunia nyata.
​
Dalam kuliah tersebut turut dilelitkan tentang kebaikan AR dalam pembelajaran. Antaranya ialah peajar dapat be;ajar mengikut kelajuan masing-masing. Selain itu, kebaikan AR yang disampaikan oleh Dr Fariza ialah meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan kepuasan pelajar dan AR juga dapat membangunkan ingatan jangka masa panjang para pelajar. Tidak ketinggalan juga dengan meggunakan AR, hal ini dapat meningkatkan kreativiti para pelajar dalam pembelajaran.

0 Comments

WEEK 6

12/18/2019

0 Comments

 
Bagi kuliah pada minggu ke-6, disampaikan oleh Dr. Hafizah. Beliau memberi penerangan tentang GAMIFICATION. Gamification merupakan aplikasi unsur-unsur biasa bermain permainan (peraturan permainan, pemarkahan mata, persaingan dengan orang lain) ke kawasan lain aktiviti, khususnya untuk melibatkan pengguna dalam menyelesaikan masalah. 

Tidak dinafikan bahawa pembelajaran masa kini memerlukan kreativiti supaya dapat menarik minat pelajar untuk memberi perhatian kepada topik yang dibincangkan. Gamification merupakan salah satu cara untuk menjadikan pelajar lebih fokus dalam dewan kuliah. Gamification mempunyai banyak kebaikan bukan sahaja menarik minat pelajar malah ia juga dapat menjadikan pembelajaran yang disampaikan tidak terlalu membosankan. 

Oleh itu, gamification merupakan satu pedekatan baharu yang boleh digunakan oleh para pengajar untuk menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih seronok dan efektif.


Dalam kelas tutorial pada minggu ini, kami meneruskan pembelajara pada minggu lalu. Dr. Fariza memberi pendekatan yang lebih jelas untuk membuat portfolio kelihatan lebih menarik dan teratur. Kami mempelajari cara-cara untuk membuat portfolio lebih tertarik untuk dilihat oleh orang ramai. Hal ini penting kerana ia akan menajdikan kita lebih kreatif serta inovatif dalam membuat sesuatu pekerjaan. Beliau juga memberi tunjuk ajar dan komen kepada yang membuat kesalah dan memperbetulkan portfolio masing-masing. Kami juga disuruh untuk membuat penambahbaikan dari segi refleksi mingguan. 
0 Comments

Week 5

10/10/2019

0 Comments

 
Pembelajaran pada minggu ke-5 disampaikan oleh Dr. Hazrati binti Husin, iaitu penyelaras bagi kursus inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran pada minggu ini adalah berkaitan dengan multimedia. Multimedia berasal daripada kata ‘multi’ dan ‘media’. Multi bererti banyak, dan media bererti tempat, sarana atau alat yang digunakan untuk menyampaikan informasi. Jadi berdasarkan kata ‘multimedia’ dapat dirumuskan sedagai wadah atau penyatuan beberapa media yang kemudian didefinisikan sebagai elemen-elemen pembentukan multimedia. Elemen-elemen tersebut seperti teks, gambar, suara, animasi, dan video. Multimedia merupakan suatu konsep dan teknologi baru bidang teknologi informasi, di mana informasi dalam bentuk teks, gambar, suara, animasi, dan video disatukan dalam computer untuk di simpan, diproses dan disajikan baik secara liner mahupun interaktif. Beliau memberi peerangan bagi setiap elemen yang terdapat dalam sesebuah multimedia.
 
Teks
Teks berfungsi dalam memberi maksud cerita. Seterusnya, teks juga dikatakan sebagai kunci komunikasi idea. Teks merangkumi pelbagai jenis iaitu teks bercetak, teks imbasan, teks elektronik dan hiperteks. Teks juga dibantu oleh beberapa komponen seperti reka letak teks, jenis dan fon untuk menyampaikan sesuatu maksud atau maklumat berkaitan dengan tema aplikasi media. Kebiasaannya audien mudah bosan dengan teks jika dibandingkan dengan  gambar. Teks yang digunakan haruslah ringkas dan padat.

Grafik
Grafik terdiri daripada pelbagai jenis iaitu imej vector, gambar digital, gambar hiper dan gambar bitmap. Kesesuaian dalam saiz imej mestilah bersesuaian agar tidak menganggu teks yang hendak disampaikan. Grafik merupakan eleman yang penting untuk menyampaikan maklumat. Ia juga dapat ,emyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan mudah difahami.

Audio
Bunyi dikatakan sebagai pemankin seri dalam persembahan multimedia jika paparan teks hanya memuatkan grafik dan teks tidak dapat menarik minat seseorang. Bunyi dapat ditambahkan dalam produk multimedia melalui suara, muzik dan kesan suara. Bunyi juga berfungsi untuk meneguhkan mesej, menentukan keadaan fikran atau perasaan sesorang dan berperanan untuk menarik perhatian atau menghidupkan suasana penonton. Bunyi ini perlu mempunyai kesesuaian. Bunyi audio yang bising akan menyebabkan gangguan timbul dan menggangu matlamat yang hendak disampaikan.

Video
Video adalah rakaman gambar hidup atau gambar bergerak yang saling berurutan. Video dikatakan sebagai elemen yang paling mudah untuk menarik perhatian penonton dalam persembahan aplikasi multimedia. Video boleh dibahagikan keapada dua jenis iaitu video analog dan video digital.

​Animasi
Animasi merupakan penggunaan komputer yang menciptakan gerak pada layar animasi diibaratkan nadi utama dalam sesuatu imej. Animasi membolehkan imej yang diambil dan diubah suai seperti memasukkan pergerakan ke dalam imej boleh berlaku. Animasi mensimulasikan tingkah laku sebenar, menarik perhatian isi kandungan pada skrin dan member maklum balas kepada impak visual. Jenis animasi ialah animasi berbingkai, animasi masa sebenar dan audio animasi.

Beliau telah memberi penerangan tentang fungsi unsur-unsur tersebut. Unsur-unsur yang diterangkan dapat dikatakan untuk menjadikan bahan multimedia yang digunakan lebih menarik, jelas dan mudah difahami. Hal ini kerana, multimedia merupakan cara yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Dalam kuliah tersebut juga diterangkan tentang principle of design iaitu proximity, contrast, alignment and repetition.
0 Comments
<<Previous
    KULIAH
    TUTORIAL
    "practice like you are never won, perform like you are never lost"
Powered by Create your own unique website with customizable templates.